Selasa, 3 Januari 2017

PROMO JANUARI

Promo Januari kembali mewarnai kalander Shaklee pada 2017 ini. Terdapat tiga promo terbaik yang tidak harus dilepaskan.

Vivix si tonix ajaib kaya dengan resveratrol dan antioksidan, kunci kekebalan sel, awet muda serta kesihatan yang optimum. Di tawarkan 5% potongan bagi pembelian dua botol. Atau percuma satu botol dengan pembelian enam botol. Bayangkan produk bernilai rm500 ini di beri percuma dengan promo vivix januari ini. Sungguh berbaloi.

Promo kedua pula ialah Vita Lea for Children. Penuh dengan zat dan vitamin seimbang yang di perlukan oleh kanak-kanak untuk membesar dengan sihat dan pintar. Penyelesaian bagi masalah kanak-kanak yang tidak suka makan atau memilih makanan. Tawarannya, satu botol akan di berikan percuma bagi pembelian tiga botol.

Promo ketiga ialah Carotomax, lengkap dengan enam karotenoid serta sumber anti oksidan yang tinggi. Memberi manfaat kepada mata, rahsia awet muda, serta bersifat anti kanser. Ia ditawarkan dengan promo beli satu percuma satu dengan setiap pembelian 150 uv pada satu resit.

Rebutlah promo produk-produk hebat ini sebelum berakhirnya januari.

Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi saya:

Khadijah, 019 338 2335
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai




Isnin, 2 Januari 2017

AYAM TAK TER-UNGKEP

Bila satu hari seorang ibu masuk dapur dengan azam baru. Hari ini dia tak mahu masak yang biasa-biasa. Ayam dalam peti ais tu dis tak mahu buat sup atau goreng saja. Terus dia teringat masa dulu-dulu di kampung dis selalu makan satu masakan yang sedap bukan main. Namanya Ungkep, masakan orang jawa. Senang pulak tu nak masaknya, orang kata la bukan dia.

Tapi bila disebabkan masa remaja dia ada ramai kakak, bila mereka masak dia duduk dengan abang dia mengorek motor jadi walaupun senang ungkep tu pun dis tak tahu nak masak. Pikir-pikir nak tanya siapa akak jauh, mak dah tak ada.

Nasib baik dia masih ada pakcik, sudah la baik hati, pandai masak. Terus dia ambil hp taip namanya, GOOGLE, terus dia tanya pakciknya. Tanpa banyak soal terus pakciknya beri resepi ungkep macam-macam versi. kan dah cakap pakciknya pandai masak, macam-macam dia tahu.

Tanpa berlengah terus dia salin resepi laju-laju tanpa befikir. Siap salin, dia tenung resepi, dia tengok suku daripada bahan tu dia tak kenal, separuh dari padanya tak ada di rumahnya. Tapi semangatnya masih tak luntur, dia masih mahu masak sesuatu yang lain hari ini. Jadi korek-korek dapur tengok apa yang ada, cuma serbuk kari, serbuk kunyit, halia, bawang besar, bawang putih, lada kering. Apa lagi campur semua  dalam blender. 

Siap blender dia tumis sampai naik bau, lepas tu masukkan ayam biar sampai ayam mengecut sedikit, kalau terlalu kering tambah air, jangan banyak-banyak airnya sebab ayam pun akan mengeluarkan air.

Akhir sekali dia perasakan dengan garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Cuba rasa, wah! boleh tahan. Maka lahirlah resepi Ayam Tak Ter Ungkep.

Eh bukan ini bukan kisah saya, ini kisah Rita bukan nama sebenar kiki.. Jangan lupa mencuba resepi ekspress ni sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk. Di bawah ini saya sertakan resepinya.
Bahan-bahan
===========

500g ayam
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih
4 biji lada kering atau sesudu makan lada boh
2 inci halia, boleh tukar serai atau lengkuas
3 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari
sedikit air asam jawa, gula, garam,serbuk perasa

Cara-cara
=========
Tumis bahan di blander hingga naik bau
Masukkan ayam, tunggu hingga ayam empuk
Tambah sedikit air jika terlalu kering
Tambahkan gula, garam, air asam jawa dan serbuk perasa.
Tunggu didih sedikit siap untuk di makan.

* disarankan tutup kuali semasa menunggu ayam empuk
   supaya lebih cepat.

Sabtu, 17 Disember 2016

KEPANJANGAN TELOMERE RAHSIA AWET MUDA

Khadijah Wahari
18/12/16

Telomere berasal dari perkataan Greek iaitu Telo (hujung) dan Mere (bahagian). Ianya merupakan bahagian terpenting pada DNA manusia dan mempengaruhi usia sebenar sel badan. Sebab itulah adakalanya kita lihat orang yang berusia kelihatan lebih muda dan sihat bertenaga berbanding orang yang jauh lebih muda, hal ini dipengaruhi oleh keadaan telomere seseorang.

Disetiap hujung bacan DNA manusia terdapatnya telomere, ia bertindak seakan penutup yang membolehkan DNA manusia berfungsi dengan baik. Telomere ini boleh juga di bayangkan seperti balutan plastik di setiap hujung tali kasut bagi memastikan tali kasut itu terus berfungsi dengan baik. Sekiranya plastik itu tertanggal tali kasut akan terurai dan tidak dapat berfungsi lagi. Beginilah konsep kepentingan telomere terhadap DNA kita. Sekiranya tanpa telomere DNA akan rosak dan tidak boleh berfungsi lagi.

DNA membentuk semua sel di dalam badan manusia. Ianya merupakan bahan genetik yang membentuk siapa diri kita. Dari warna kulit, bentuk fizikal sehinggalah pembentukan organ dalaman yang lebih rumit. Sel-sel ini berganda dengan cara menyalin diri mereka sendiri, dan proses ini berterusan sepanjang hayat manusia. Malangnya setiapkali penggandaan berlaku telomere semakin memendek, walaupun DNA kekal sama.

Pemendekan telomere ini seterusnya akan menjadikan sel menjadi tua dan menganggu fungsi sel. Dalam erti kata lain saiz panjang telomere menentukan usia biologi seseorang dan tahap kesihatannya. Proses pemendekan telomere sememangnya tidak dapat dielakkan namun boleh di perlahankan dengan beberapa cara antaranya dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan antioksidan, dan kerap bersenam. Manakala kesidupan yang stress dan tabiat merokok atau meminum minuman keras misalnya mampu mempercepatkan pemendekan telomere ini.

Vivix dari Shaklee kaya dengan antioksidan dan resveratrol yang mampu memperlahankan kadar pemendekan telomere dan mengekang pengumpulan protein AGE yang mencetus penuaan dan penyakit. Kajian menunjukkan Vivix mampu melambatkan sehingga 40% kadar pemendekan telomere serta 13 kali ganda lebih berkuasa daripada resveratrol semata-mata dalam menyingkirkan protein AGE. Malah Vivix terbukti mampu memperbaiki kerosakan yang berlaku di peringkat sel juga meningkatkan penghasilan tenaga di peringkat kromosom. InsyaAllah.

Cubalah amalkan Vivix dan alami segala kebaikannya.


Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi saya:

Khadijah, 019 338 2335
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai.

Nanti saya cerita lagi tentang bahan yang digunakan untuk menghasilkan Vivix supaya anda memahami mengapa ia begitu hebat.


Jumaat, 16 Disember 2016

SIHAT ITU CANTIK

Khadijah Wahari
17/12/16


Biasa kita dengar dari iklan mahupun orang di sekeliling kita, nak cantik pakailah lipstik merah, pakailah tudung meriah, pakailah ranti panjang, pakailah corak lintang, pakailah baju baldu, pakailah bulu mata palsu. Kita dengar hari-hari hingga kita percaya itulah kunci kecantikan.


Perasan atau tidak apa yang disenaraikan tadi semuanya faktor luaran, semuanya sementara, kita tepek di pipi, kita sapu di bibir, kita pakai di kepala. Masa kita pakai memanglah cantik, tapi mana mungkin kita berkeadaan begitu 24 jam sehari. jika ada orang jatuh cinta pada kita hanya bulu mata lebat palsu itu kan niaya. Takut pula hingga di saman suami kerana rasa tertipu.


Bayangkan diri kita seperti sebuah rumah, kita gantungkan langsir ropol-ropol, kita catkan dindingnya warna-warni tapi kita tidak peduli strukturnya, tiangnya reput, dindingnya tunggu masa untuk tercabut. Kalaupun langsir itu mencantikkan tapi selama mana?


Kan lebih elok kita jaga strukturnya, jaga bumbungnya, jaga dindingnya lebih bertahan lama kecantikan. malah lebih bermanfaat untuk rumah itu sendiri. Cuba kaitkan dengan dengan diri kita. Dari beli pembayang mata warna-warni lebih baik beli vitamin C, kulit berseri semulajadi. Dari beli kasut tumit tinggi bagus beli Ostematrix biar tulang jadi sihat dan kuat.

Senang kata, jagala kesihatan selebihnya terimalah diri kita seadanya, insyaAllah kita akan lebih bahagia. Percayalah orang yang sihat akan nampak cantik walaupun tanpa solekan yang tebal. Mari ubah mentaliti kita. Jom dapatkan set kesihatan untuk sekeluarga, seisi rumah dapat manfaat.


Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi saya:

Khadijah, 019 338 2335
Penghantaran Seluruh Malaysia
COD Chukai.



Rabu, 14 Disember 2016

APAKAH RESDUNG DAN IKHTIAR MENGATASI

Khadijah Wahari
15/12/16


Resdung atau sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manusia. Sinus adalah rongga yang di penuhi udara terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxilliary.


Apabila membran mukus dijangkiti bakteria atau kulat ia akan membengkak seterusnya menghalang pengaliran mukus atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak. ini akan menyebabkan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami reaksi alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak seterusnya menggangu pergerakan udara serta pengeluaran cecair. Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak sehingga boleh menghasilkan nanah. Jika jangkitan di biarkan berlarutan ia kan mengundang kepada masalah yang lebih teruk seperti buta dan pekak.


Berikut merupakan antara tanda-tanda sfesifik sinusitis. Rasa sakit di bahagian atas pipi dan bahagian gigi yang disebabkan oleh jangkitan pada bahagian Maxillary sinus. Sakit di bahagian dahi disebabkan jangkitan di bahagian frontal sinus. Sakit di bahagian sekitar mata disebabkan jangkitan pada Ethmoid sinus.


Tanda-tanda lain termasuklah rasa lendir pada tekak, tekanan pada bahagian muka. Sakit tekak yang berlarutan atau berulang, kerap bersin, kegatalan pada tekak dan hidung, hidung tersumbat, kulit berjerawat, nafas berbau busuk, kurang deria rasa atau bau, demam berulang, pening dan kelesuan.



Resdung yang berlarutan sememangnya akan memusnahkan kualiti hidup kita jadi ambil lah langkah yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Bermulalah dengan langkah bijak dengan mengamalkan set resdung Shaklee yang bukan saja baik untuk resdung malah mampu memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang lain juga, insyaAllah.





Berminat dengan produk Shaklee.
Hubungi saya:


Khadijah, 019 338 2335
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai



Selasa, 13 Disember 2016

MEMAHAMI KONSEP VITAMIN C

Khadijah Wahari
14/12/16

Ingin memahami mengapa Vitamin C yang di lepaskan sedikit demi sedikit lebih baik.

Senang sahaja, bayangkan kita ada sebotol kecil air mineral untuk berwuduk. Jika ia dicurahkan sekaligus tentu sekali air itu tidak mencukupi kerana banyak yang terbuang begitu sahaja.

Sustained Release Vita c dilepaskan sedikit demi sedikit supaya badan sempat memanfaatkan Vitamin C yang terkandung sepenuhnya tanpa pembaziran. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan di dalam tubuh, Vitamin C yang berlebihan pada satu-satu masa hanya akan di buang begitu sahaja melalui najis.



Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi saya;

Khadijah, 019 338 2335
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai






APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG ALERGI

Khadijah Wahari
13/12/16

Alergi (alahan) boleh ditakrifkan sebagai reaksi alahan tubuh terhadap sesuatu yamg tidak menyebabkan masalah kepada orang lain. Orang yang menghadapi masalah alergi biasanya akan sensitif terhadap lebih dari satu benda. Benda-benda yang mampu mencetus alergi termasuklah debu, bebunga, makanan, gigitan serangga, ubat-ubatan, kulit haiwan yang mengelupas (pet dander) dan banyak lagi.

Bagaimanakah seseorang itu boleh menghidap alergi? Secara saintifiknya telah dibuktikan bahawa kedua-dua faktor persekitaran dan keturunan turut menyumbang dalam tercetusnya alergi.

Alergi boleh menyebabkan keadaan yang berbeza-beza kepada setiap individu yang mengalaminya, antaranya hidung berair, bersin, kegatalan, pembengkakan mahupun asthma.

Alergi biasanya tidak menyebabkan kematian tetapi reaksi yang teruk yang dikenali sebagai anaphylaxis boleh mengancam nyawa. Anaphylaxis adalah fasa reaksi alergi keseluruhan badan, ia berlaku dengan pantas kepada pendedahan berulang terhadap sumber pencetus alergi.

Tisu-tisu badan akan membebaskan histamine juga beberapa bahan lain seterusnya menyebabkan penyempitan saluran pernafasan, serta pelbagai lagi simptom lain seperti pembengkakan dan kegatalan.

Jadi alergi ini sebenarnya bukanlah isu yang remeh, jangan biarkan alergi menjadi lebih teruk dan memusnahkan kualiti hidup anda. Apa yang diperlukan untuk set alahan hanyalah B Complex, Sustained Release Vita C dan alfalfa. Tapi kalau mahu kesan yang lebih baik cubalah juga Nutriferon. Oh ya, resdung sememangnya salah satu bentuk alahan juga.



Berminat dengan produk Shaklee

Hubungi saya, 019 338 2335
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai