Selasa, 3 Januari 2017

PROMO JANUARI

Promo Januari kembali mewarnai kalander Shaklee pada 2017 ini. Terdapat tiga promo terbaik yang tidak harus dilepaskan.

Vivix si tonix ajaib kaya dengan resveratrol dan antioksidan, kunci kekebalan sel, awet muda serta kesihatan yang optimum. Di tawarkan 5% potongan bagi pembelian dua botol. Atau percuma satu botol dengan pembelian enam botol. Bayangkan produk bernilai rm500 ini di beri percuma dengan promo vivix januari ini. Sungguh berbaloi.

Promo kedua pula ialah Vita Lea for Children. Penuh dengan zat dan vitamin seimbang yang di perlukan oleh kanak-kanak untuk membesar dengan sihat dan pintar. Penyelesaian bagi masalah kanak-kanak yang tidak suka makan atau memilih makanan. Tawarannya, satu botol akan di berikan percuma bagi pembelian tiga botol.

Promo ketiga ialah Carotomax, lengkap dengan enam karotenoid serta sumber anti oksidan yang tinggi. Memberi manfaat kepada mata, rahsia awet muda, serta bersifat anti kanser. Ia ditawarkan dengan promo beli satu percuma satu dengan setiap pembelian 150 uv pada satu resit.

Rebutlah promo produk-produk hebat ini sebelum berakhirnya januari.

Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi saya:

Khadijah, 019 338 2335
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai




Isnin, 2 Januari 2017

AYAM TAK TER-UNGKEP

Bila satu hari seorang ibu masuk dapur dengan azam baru. Hari ini dia tak mahu masak yang biasa-biasa. Ayam dalam peti ais tu dis tak mahu buat sup atau goreng saja. Terus dia teringat masa dulu-dulu di kampung dis selalu makan satu masakan yang sedap bukan main. Namanya Ungkep, masakan orang jawa. Senang pulak tu nak masaknya, orang kata la bukan dia.

Tapi bila disebabkan masa remaja dia ada ramai kakak, bila mereka masak dia duduk dengan abang dia mengorek motor jadi walaupun senang ungkep tu pun dis tak tahu nak masak. Pikir-pikir nak tanya siapa akak jauh, mak dah tak ada.

Nasib baik dia masih ada pakcik, sudah la baik hati, pandai masak. Terus dia ambil hp taip namanya, GOOGLE, terus dia tanya pakciknya. Tanpa banyak soal terus pakciknya beri resepi ungkep macam-macam versi. kan dah cakap pakciknya pandai masak, macam-macam dia tahu.

Tanpa berlengah terus dia salin resepi laju-laju tanpa befikir. Siap salin, dia tenung resepi, dia tengok suku daripada bahan tu dia tak kenal, separuh dari padanya tak ada di rumahnya. Tapi semangatnya masih tak luntur, dia masih mahu masak sesuatu yang lain hari ini. Jadi korek-korek dapur tengok apa yang ada, cuma serbuk kari, serbuk kunyit, halia, bawang besar, bawang putih, lada kering. Apa lagi campur semua  dalam blender. 

Siap blender dia tumis sampai naik bau, lepas tu masukkan ayam biar sampai ayam mengecut sedikit, kalau terlalu kering tambah air, jangan banyak-banyak airnya sebab ayam pun akan mengeluarkan air.

Akhir sekali dia perasakan dengan garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Cuba rasa, wah! boleh tahan. Maka lahirlah resepi Ayam Tak Ter Ungkep.

Eh bukan ini bukan kisah saya, ini kisah Rita bukan nama sebenar kiki.. Jangan lupa mencuba resepi ekspress ni sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk. Di bawah ini saya sertakan resepinya.
Bahan-bahan
===========

500g ayam
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih
4 biji lada kering atau sesudu makan lada boh
2 inci halia, boleh tukar serai atau lengkuas
3 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari
sedikit air asam jawa, gula, garam,serbuk perasa

Cara-cara
=========
Tumis bahan di blander hingga naik bau
Masukkan ayam, tunggu hingga ayam empuk
Tambah sedikit air jika terlalu kering
Tambahkan gula, garam, air asam jawa dan serbuk perasa.
Tunggu didih sedikit siap untuk di makan.

* disarankan tutup kuali semasa menunggu ayam empuk
   supaya lebih cepat.