Khadijah Wahari
22 November 2016

Oleh sebab itu seluar mereka akan kerap berlubang di bahagian lutut. belubang ya bukan koyang yang biasa yang memanjang tu, yang itu senang di atasi.
Situasi ini bukan sahaja boleh mencederakan hati emak yang menghabiskan masa 2 jam memilih masa jualan murah aidilfitri tempohari, dan lebih parah jika emak merasakan seluar tu membuatkan anak mereka kelihatan 20% lebih kacak daripada biasa. Malah pada masa yang sama ia mampu mencederakan poket ayah juga.

Jika risau hujung tag tadi berjerumbai, bakarkan sedikit di bahagian yang berjerumbai dengan api lilin, ini akan berfungsi seperti jahitan tepi. mudah kan?
Cara ini akan menyenangkan emak menjahit, sembat kasar-kasar pun takpe, buat macam sengaja nak hipster gitu, padahal emak memang tak berapa pandai nak jahit. Kalau tak ada mesin jahit pun boleh. Kalau ada mesin jahit tapi tak keluar kotak pun takpe.

Satu lagi anak-anak akan lebih suka memakai seluar yang ditampal begini berbanding jika emak tampal dengan kain satin kilat bunga-bunga lebihan baju raya emak.
Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi Saya,
Khadijah, 019-338 2335
Shaklee Independant Distributor
Penghantaran keseluruh Malaysia.
COD Chukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan