Rabu, 30 November 2016

MUDAHNYA BELAJAR BAHASA INGGERIS

Khadijah Wahari
1/12/16


Hari ini saya ingin mengulas tentang sebuah buku rujukan Bahasa Inggeris yang saya kira bagus dan mudah difahami. Buku ini amat membantu bagi ibu bapa yang sibuk kerana segala penerangan di tulis dalam bahasa Melayu, jadi anak-anak tidak sentiasa perlu merujuk kepada ibu bapa untuk memahami apa yang di nyatakan di dalam buku ini.


Buku ini juga bukan hanya sesuai untuk pelajar malah turut sesuai untuk para profesional yang mahu menyegarkan kembali kefahaman dan kemahiran berbahasa Inggeris namun tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas.

Harganya hanya RM39 sebuah, mengandungi 244 helaian muka surat yang padat dengan penerangan dan latihan yang membantu meningkatkan kefahaman. Malah jawapan bagi latihan tadi turut disertakan bagi memudahkan rujukan.

Bagi saya jika dibandingkan harga dengan segala kebaikan yang terkandung di dalamnya ianya sangat berbaloi dan amat bermanfaat jika di hadiahkan kepada anak-anak yang masih bersekolah. Lebih elok jika setiap anak mempunyai sebuah buku ini, jadi segala jawapan latihan yang disediakan boleh ditulis terus kedalam buku.

Setakat yang saya ketahui buku ini tidak terdapat di kedai-kedai buku, ia hanya diedarkan oleh pengedar individu. Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini boleh sahaja menghubungi saya. Penghantaran seluruh Malaysia dengan kadar kos pos RM10 bagi semenanjung dan RM15 bagi sabah dan Sarawak. COD juga boleh dilakukan bagi kawasan sekitar Chukai Kemaman.


Berminat dengan buku ini, hubungi saya,
Khadijah, 019 338 2335




Selasa, 29 November 2016

BATUK DIKALANGAN WARGA TUA

Khadijah Wahari
30/11/16


Jika anda perasan masalah batuk sering dialami oleh warga emas. Sama ada batuk yang datang secara berulang-ulang, atau batuk yang tidak pernah hilang. Ada sesetengah kes hingga menyebabkan terkencing setiap kali batuk.


Masalah batuk ini amat menggangu rutin harian mereka, mereka hilang keselesaan untuk berada di kalangan masyarakat, sukar untuk tidur, ada yang terpaksa duduk untuk membolehkan mereka melelapkan mata kerana apabila baring batuk menjadi lebih teruk. Malah yang lebih menyedihkan mereka sukar untuk beribadat.

Ini kerana sistem pertahanan lapisan pertama mereka sudah semakin lemah, seterusnya memudahkan tubuh mereka mendapat jangkitan dan berlaku keradangan. Disini Omega Guard amat membantu.

Omega guard memperkasa sistem pertahanan lapisan pertama manusia, ia membantu meningkatkan kesihatan organ pernafasan, meredakan keradangan dengan berkesan serta meningkatkan imun badan. Tiga langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah batuk insyaAllah.

Malah apa yang lebih hebat, Omega Guard bukan hanya baik untuk mengatasi batuk, ia juga mengandungi pelbagai manfaat lain jika di amalkan oleh warga emas, antaranya mencegah nyanyuk dan memelihara kesihatan sendi.

Pengalaman saya sendiri dengan sorang penghidap batuk kronik warga emas, beliau mengalaminya bertahun-tahun. berubat pelbagai  cara, dari ubat batuk, ubat tradisional hinggalah mengamalkan petua-petua namun masih batuk yang dialami berlarutan, sehinggalah beliau mengamalkan Omega Guard batuknya hilang setelah beberapa ketika dengan izin Allah. Beliau hanya mengamalkan sebiji sehari tetapi secara berterusan. melihatnya kini yang bebas batuk membuatkan saya pun berasa gembira.

Hadiahkanlah Omega Guard kepada ibu bapa anda, supaya yang sakit insyaAllah terubat dan yang sihat insyaAllah kekal sihat.

Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi Saya;

Khadijah, 019 338 2335
Shaklee Independent Distributor
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai


Isnin, 28 November 2016

RISIKO PEREPUTAN TULANG DIKALANGAN WANITA

Khadijah Wahari
29/11/16

Wanita merupakan golongan yang paling tinggi risiko mengalami masalah pereputan tulang disebabkan beberapa faktor seperti mengandung, menyusukan anak dan menopouse. Ini diburukkan lagi dengan kekurangan pengambilan kalsium harian. 

Seorang wanita dewasa secara purata memerlukan sehingga 1000 mg kalsium setiap hari bagi memelihara kesihatan tulang, kekurangan kalsium dalam diet harian ditambah lagi dengan gaya hidup yang pasif dan tidak bersenam akan memburukkan lagi keadaan.

Mungkin disebabkan tulang ini tidak dapat dilihat keadaannya menyebabkan kita sering mengabaikan kepentingannya. Berbeza dengan kulit yang berada diluar sering sahaja di beri perhatian dan di jaga setiap masa.

Sebenarnya walaupun tulang tidak dapat dilihat namun masalah kekurangan kalsium ini memberikan banyak tanda awal yang kita boleh rasai contohnya kekejangan, lenguh-lenguh badan yang berpanjangn, sengugugut yang teruk, degupan jantung yang adakalanya tidak normal, keletihan dan kepenatan selepas bangun dari tidur serta luka yang lambat behenti pendarahannya. Itu antara isyarat yang perlu dimbil perhatian.

Ostematrix dari Shaklee merupakan cara yang mudah dan murah untuk kita memenuhi keperluan kalsium harian kita. Ia juga amat praktikal jika dibandingkan dengan rutin meminum susu yang memerlukan kita membancuh terlebih dahulu. 

Ostematrix juga bukan sekadar kalsium ia mengandungi magnesium, Vitamin D, Kuprum, Magnesium, Fosforus, Zinc dan Boron. Yang masing-masing mempunyai manfaat kepada tulang secara khusus dan kesihatan menyeluruh secara amnya. 


Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi Saya;

Khadijah, 019 338 2335
Shaklee Independent Distributor
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai


Jumaat, 25 November 2016

SUSTAINED RELEASE VITA C MANFAAT TANPA PEMBAZIRAN

Khadijah Wahari
25/11/16


Vitamin C merupakan vitamin yang amat penting kepada fungsi tubuh. Apa yang sering kita ketahui vitamin C amat membantu dalam meningkatkan sistem imun badan serta mencantikkan kulit namun tanpa kita sedari vitamin C memainkan terlalu banyak peranan dalam memastikan keseimbangan fungsi tubuh. Sehingga ia turut dikenali sebagai 'Do everything vitamin'.


Antara fungsi yang terpenting termasuklah merangsang penghasilan kolagen, mengawal kadar kolesterol serta berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. 

Namun begitu, disebalik kebergantungan yang tinggi tubuh terhadap vitamin C, ia tidak dapat dihasilkan dengan sendirinya. Ia perlu diperolehi melalui pengambilan diet harian. 

Malah bukan itu sahaja, vitamin C juga tidak boleh disimpan. Ini bermaksud sekiranya vitamin C berlebihan di dalam badan, ia akan di singkirkan melalui najis. Sebab itulah sekiranya dos vitamin C terlebih pada satu-satu masa, seseorang itu akan mengalami cirit-birit. Cirit-birit yang berlaku sebenarnya tindakbalas semulajadi tubuh untuk menyingkirkan vitamin C yang berlebihan.

Berbeza dengan Sustained Release Vita C, tabletnya dihasilkan dengan mekanisma pelepasan secara berkala, maksudnya setiap jam hanya kira-kira 100 mg sahaja vitamin C akan di lepaskan. dengan ini ia bukan sahaja tidak akan menyebabkan risiko cirit birit malah tubuh mempunyai banyak masa untuk memanfaatkan vitamin C tadi secara maksimum. berbaloi bukan.

Sekiranya anda sedang tercari-cari vitamin C yang terbaik, Sustained Release Vita C Shaklee ini merupakan pilihan yang perlu dipertimbangkan.


Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi saya:

Khadijah, 019 338 2335
Shaklee Independent Distributor
Penghantaran Seluruh Malaysia
COD Chukai






HARGAI SETIAP SAAT BERSAMA ANAK

Kadang kala kita diberi kesedaran dengan cara yang paling tidak kita sangka-sangka. Paling mudah, paling murah, paling entah apa-apa.

Bentuk dinosaur ini dihasilkan oleh anak saya. Bentuk yang bulat itu di hasilkan dua minggu awal, jujur langsung saya tiada idea apakah yang cuba dihasilkan oleh mereka jika mereka sendiri tidak memberitahunya pada saya bahawa objek bulat bergerigi itu sebenarnya dinosaur.

Dua minggu selepas itu terhasillah dinosaur yang comel serta menepati piawaian ciri-ciri seekor dinosaur. Tidaklah sempurna tetapi sekurang-kurangnya bolehlah dikenali.

Iya dua minggu sahaja, singkat dan memberi pengajaran bagawa anak kita membesar dengan pantas. Hargailah setiap detik bersama mereka, kerana setiap detik yang berlalu tidak akan berulang.

Berminat dengan produk Shaklee  
Hubungi Saya,

Khadijah, 019-338 2335
Shaklee Independant Distributor 
Penghantaran keseluruh Malaysia.
COD Chukai.

Khamis, 24 November 2016

PHYTOCOL-ST MENGHALANG PENYERAPAN KOLESTEROL MAKANAN

Kolesterol merupakan bahan berlemak yang terdapat dalam saluran darah dan juga pada sel badan. Ianya merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu lain dalam tubuh.

Terdapat dua sumber utama kolesterol dalam badan manusia. Satunya di hasilkan oleh hati, manakala satu lagi sumber merupakan penyerapan terus melalui makanan.

Terdapat dua jenis kolesterol yang utama dalam darah iaitu LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah) dan HDL (lipoprotein ketumpatan tinggi). LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana ia boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam salur darah. Manakala HDL dikenali sebagai kolesterol baik kerana peranannya mengangkut kolesterol dari salur darah balik kehati untuk disingkirkan.


Kajian Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika mengesorkan pengambilan 2,000 fitosterol dalam diet harian bagi membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. fitosterol tumbuhan ini berperanan sebagai penghalang kolesterol makanan daripada diserap dalam salur darah.

PHYTOCOL-ST Mengandungi sehingga 2,000mg fitosterol (sterol dan stanol tumbuhan), dianggarkan mampu menghalang sehingga 80% penyerapan kolesterol dari makanan ke dalam salur darah, insyaAllah. 

Seterusnya merendahkan risiko terbentuknya plak dalam salur darah yang mampu menyebabkan masalah yang lebih serius seperti strok dan penyakit jantung.


Jika anda mengalami masalah kolesterol, PHYTOCOL-ST merupakan salah satu alternatif yang perlu dipertimbangkan.

Berminat Dengan Produk Shaklee
Hubungi Saya,

Khadijah, 019-338 2335
Shaklee Independant Distributor 
Penghantaran keseluruh Malaysia.
COD Chukai.




Selasa, 22 November 2016

CARA MUDAH TAMPAL SELUAR ANAK-ANAK


Khadijah Wahari
22 November 2016



Bagi yang belum tahu anak-anak lelaki apabila mencecah umur 5 tahun ke atas boleh dibayangkan seperti mempunyai gigi 'extra' di bahagian lutut mereka. Ini berlandaskan pengalaman saya, ibu kepada empat anak lelaki.


Oleh sebab itu seluar mereka akan kerap berlubang di bahagian lutut. belubang ya bukan koyang yang biasa yang memanjang tu, yang itu senang di atasi.  

Situasi ini bukan sahaja boleh mencederakan hati emak yang menghabiskan masa 2 jam memilih masa jualan murah aidilfitri tempohari, dan lebih parah jika emak merasakan seluar tu membuatkan anak mereka kelihatan 20% lebih kacak daripada biasa. Malah pada masa yang sama ia mampu mencederakan poket ayah juga.

Jadi di sini saya nak berkongsi idea, apa yang boleh emak lakukan jika menghadapi situasi sebegini. Senang saja, jangan pening, cari lah tag jenama yang biasa ada di bahagian leher baju, ataupun lambang-lambang pada pakaian lama yang tidak digunakan lagi. Pilih yang cantik yang anak sukai. Selepas tu gunting dan jahit di bahagian lubang tadi.


Jika risau hujung tag tadi berjerumbai, bakarkan sedikit di bahagian yang berjerumbai dengan api lilin, ini akan berfungsi seperti jahitan tepi. mudah kan?




 Cara ini akan menyenangkan emak menjahit, sembat kasar-kasar pun takpe, buat macam sengaja nak hipster gitu, padahal emak memang tak berapa pandai nak jahit. Kalau tak ada mesin jahit pun boleh. Kalau ada mesin jahit tapi tak keluar kotak pun takpe.


Satu lagi anak-anak akan lebih suka memakai seluar yang ditampal begini berbanding jika emak tampal dengan kain satin kilat bunga-bunga lebihan baju raya emak.








Berminat dengan produk Shaklee  
Hubungi Saya,

Khadijah, 019-338 2335
Shaklee Independant Distributor
Penghantaran keseluruh Malaysia.
COD Chukai.

OMEGA GUARD MELEGAKAN BATUK



Selain daripada kebaikan Omega Guard terhadap jantung dan otak yang sering disebut-sebut. Omega guard juga InsyaAllah sangat berkesan untuk melegakan batuk. Cubalah bertanya kepada distributor Shaklee yang anda kenali, rata-rata sudah beralih kepada omega guard berbanding menggunakan ubat batuk yang biasa.



Omega guard merupakan minyak ikan, ia sangat selamat jika dibandingkan dengan ubat batuk biasa yang berada di pasaran sekarang. Malah ia juga mempunyai pelbagai manfaat yang lain.



Bagaimana omega guard mampu mengatasi batuk. Sifat Omega Guard yang meredakan keradangan menghasilkan satu kelegaan apabila dimakan, yang mana ia akan mengurangkan rasa gatal atau rengsaan yang mencetuskan batuk.



Seterusnya omega guard bertindak mencair dan menyingkirkan kahak yang terkumpul di paru-paru. Kahak tadi akan disingkirkan melalui najis, disingkirkan semasa batuk ataupun melalui muntah, biasanya bagi kanak-kanak.



Akhir sekali Omega Guard akan memperkasakan sistem imun badan, dengan itu ia mampu mempercepatkan proses penyembuhan serta mengurangi risiko penyakit berulang.



Omega guard ini boleh diamalkan apabila tanda-tanda batuk bermula, namun adalah lebih baik jika diamalkan secara berterusan untuk manfaat kesihatan yang lain juga. Dapatkan Omega Guard sebagai persediaan dan alami manfaatnya




Berminat Dengan Produk Shaklee
Hubungi Saya,

Khadijah, 019-338 2335
Shaklee Independant Distributor
Penghantaran keseluruh Malaysia.
COD Chukai.