Jumaat, 25 November 2016

HARGAI SETIAP SAAT BERSAMA ANAK

Kadang kala kita diberi kesedaran dengan cara yang paling tidak kita sangka-sangka. Paling mudah, paling murah, paling entah apa-apa.

Bentuk dinosaur ini dihasilkan oleh anak saya. Bentuk yang bulat itu di hasilkan dua minggu awal, jujur langsung saya tiada idea apakah yang cuba dihasilkan oleh mereka jika mereka sendiri tidak memberitahunya pada saya bahawa objek bulat bergerigi itu sebenarnya dinosaur.

Dua minggu selepas itu terhasillah dinosaur yang comel serta menepati piawaian ciri-ciri seekor dinosaur. Tidaklah sempurna tetapi sekurang-kurangnya bolehlah dikenali.

Iya dua minggu sahaja, singkat dan memberi pengajaran bagawa anak kita membesar dengan pantas. Hargailah setiap detik bersama mereka, kerana setiap detik yang berlalu tidak akan berulang.

Berminat dengan produk Shaklee  
Hubungi Saya,

Khadijah, 019-338 2335
Shaklee Independant Distributor 
Penghantaran keseluruh Malaysia.
COD Chukai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan