11/12/16
Diam tak diam kita sudahpun berada di penghujung tahun 2016. Alhamdulillah, ada yang bertambah rezeki kekayaan, ada yang bertambah zuriat, ada yang bertambah tanggungjawab tapi yang pasti kita semua bertambah usia.
Bercakap tentang usia ni banyak isu-isu yang seiringan dengannya. Ada orang takut tua, ada yang sanggup menipu usia semata-mata mahu orang fikir dia muda. Cuba fikir kenapa agaknya.
Keadaan wajah seiring penambahan usia
Sebenarnya ini bukan isu nombor. ini isu keadaan diri. Jika berumur 100tahun tapi masih kelihatan dan berkeadaan seperti 20 tahun semua orang tidak akan kisah tentang umur. Mungkin mereka akan berasa bangga pula menyebut usia sebenar mereka.
Jadi untuk apa menipu usia pada orang, lebih baik perbaiki diri kita supaya orang lain nampak kita muda. Umur? biar mereka tentukan berapa.
Bila bercakap tentang muda, kita tidak dapat lari dari kolagen. Apakah kolagen sebenarnya? Di sini saya kongsikan apakah kolagen dan apakah fungsi nya dalam tubuh kita. Kolagen terdiri daripada asid amino yang tertentu iaitu Glycine, Proline, Hydroxyproline dan Arginine. Daripada keseluruhan protein dalam tubuh kita kolagen merupakan kira-kira 30% daripadanya.
Ianya merupakan struktur yang teguh yang terdapat dalam komponen tubuh manusia seperti tulang, tendon dan ligamen. Kolegen juga terdapat di dalam tisu penghubung manusia yang menjadikannya anjal dan lembut. Kolagen juga memainkan peranan dalam proses pembaharuan sel-sel kulit. Selain dari itu kolagen juga wujud dalam otot licin (smooth muscle), salur darah, saluran pencernaan, jantung pundi hempedu dan buah pinggang. Malah kolagen merupakan komponen utama pada kuku dan rambut.
Kekurangan kolagen menghasilkan kedutan
Namun sealiran dengan penambahan usia penghasilan kolagen akan semakin berkurangan, diburukkan lagi dengan pengambilan nutrien yang tidak seimbang. Akibatnya kulit akan mudah rosak, kendur dan berkedut. Rambut tidak lagi lebat dan berseri. Tendon dan ligamen menjadi kurang anjal, sendi pula mula mengetat dan menimbulkan rasa sakit.
Dari huraian di atas dapat disimpulkan kolagen bukan sahaja merupakan unsur yang tidak asing di dalam tubuh manusia malah ia amat penting untuk tubuh berfungsi dengan baik. Namun semakin bertambah usia seseorang semakin kurang kolagen yang mampu di hasilkan oleh tubuh. Jadi Shaklee menawarkan jalan penyelesaian bagi perkara ini.
Kita perlu sedar pengambilan kolagen bukan hanya bagi tujuan kecantikan tetapi ia juga mampu mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis malah masalah kabur penglihatan di kalangan warga tua.
Di sini saya senaraikan antara manfaat mengamalkan kolagen Shaklee;
- Melembab, menegang dan menganjalkan kulit, mencantikkan kulit dan menghalang kedutan
- Menghasilkan asid amino penting seperti lysin, prolin dan glysin yang diperlukan untuk membina tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
- Melindungi kerosakan tulang rawan
- Menguatkan salur darah dan melancarkan aliran darah
- Membantu meningkatkan penyerapan kalsium
- Meningkatkan kesihatan kuku dan rambut.
Jadi apa tunggu lagi dapatkan Shaklee Collagen Powder hari ini
Saranan pengambilan Shaklee Collagen Powder di waktu pagi semasa perut kosong untuk penyerapan optimum.
Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi Saya;
Khadijah, 019 338 2335
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan