Sabtu, 3 Disember 2016

SENTUHAN KECUNDANG

Aduhai anak, sekelip mata sahaja kau bejaya menumbangkan sebatang pokok, tak sampai satu minit pun kau keluar rumah lepas mak kunci pintu toleh-toleh pokok epal kesayangan sudah rebah bekongsi pasu dengan aloe vera kecut yg tak tau bila nak besar tu.

Kau memang pantas anak ku mak bangga dengan kebolehan kau, dan ini bukan yang pertama kali. Mak rasa kalau pokok epal mak semua selamat sekarang ni mak mesti dah ada ladang epal yang terbesar di asia tenggara. Orang tak payah pergi Australia dh nak kerja petik epal. Semua kerja kat ladang mak je.
Tapi takpe mak tak marah, dengan kepantasan yang kau ada emas untuk Malaysia untuk acara lumba lari dalam 15 tahun lagi bukan lagi mimpi. Mak sangat yakin. Dan sekiranya superman itu wujud, kaulah orangnya.
Tapi sehingga saat itu tiba mak akan terus bertabah..
Yang benar,
Mak yang tak marah..

*Ini merupakan coretan saya di facebook dan di pindahkan di blog untuk kenang-kenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan