Jumaat, 2 Disember 2016

OOO... SEDAP KOBIS KALAU MASAK BEGINI


Umum mengetahui kobis merupakan sayur yang sedap, bukan sahaja digoreng tumis, di masak lemak malah jika dimakan mentah pun kobis memang menyelerakan. Apatah lagi jika dimakan dengan sambal sardin, memang pasangan yang serasi.


Tetapi ada satu lagi cara memasak kobis yang masih jarang diamalkan oleh ramai orang. Rupa-rupanya kobis jika di masukkan di dalam kuah gulai memang terangkat. 



Antara masakan yang sesuai dicampurkan kobis di dalam kuah
nya ialah kari, asam pedas dan kuah kurma. Ini yang saya pernah cuba lah. Mungkin ada lagi masakan yang bersesuaian yang boleh dicuba.

Selain daripada ia menghasilkan satu bentuk hidangan sayur yang sedap untuk dimakan , ia juga dapat menjimatkan minyak, gas masa dan tenaga, dibandingkan jika disediakan secara berasingan. Nampak tak apa yang cuba saya sampaikan, malas tu tak salah selagi kita ada alasan yang munasabah, kiki..

Jadi macam mana kita nak gayakan sayur tadi, nak rampai halus-halus ke atau potong kasar-kasar ke. Senang saja, kopakkan saja sehelai-sehelai, jika mahu potong pun potong dua saja, jangan terlalu kecil, nanti susah untuk dihidang. Boleh juga jika dibelah empat dan di masukkan sebahagian, begi
ni lebih sedap sebenarnya.

Jangan buang masa memotong sayur kecil-kecil, masa itu kan emas daripada dibuang untuk memotong sayur bagus buat gelang boleh juga dipakai pergi kenduri, haha gurau saja.. Bagi yang belum pernah mencuba, cubalah memang sedap. tapi tu pandangan saya seorang pemakan sayur tegar.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan