Ahad, 4 Disember 2016

MANFAAT LECITHIN UNTUK KESIHATAN

Khadijah Wahari
4/12/16


Lecithin merupakan lipid yang hampir keseluruhan kandungannya ialah Choline. Ianya bukanlah merupakan bahan yang asing malah lecithin terkandung di dalam sumber makanan kita, antaranya kobis, bunga kobis, kekacang, soya, ikan dan telur. Lecithin memberikan manfaat yang luas kepada kesihatan tubuh manusia, antaranya termasuklah.

Meningkatkan Kecerdasan Otak
Choline yang terkandung di dalam lecithin membantu tubuh dalam penghasilan acetylcholine, yang bertindak sebagai pengutus kimia (chemical messenger) dalam sistem saraf manusia. Ianya amat penting kepada fungsi ingatan manusia. Amat bermanfaat untuk para pelajar yang sememangnya perlu mengingati banyak isi pembelajaran. Malah lecithin jika di amalkan secara berterusan dipercayai mampu mengurangi risiko lupa dan nyanyuk yang sering dialami oleh warga tua. Apa yang menarik kajian menunjukkan kesan lecithin dapat dilihat dengan pantas selepas pengambilannya.


 Memelihara Kesihatan Salur Darah
Inositol dan Choline yang terkandung di dalam lecithin membantu mengekalkan keanjalan salur darah dan kesihatan jantung dengan cara mencegah kolesterol daripada melekat dan mengeras di dalam salur darah. Malah lecithin itu sendiri membantu mengikat lemak dan kolesterol dengan air bagi memudahkan proses penyingkiran kedua-dua bahan ini dari tubuh dan mencegahnya daripada terkumpul di hati dan jantung.

Mencegah Kegemukan
Lecithin juga merupakan pengimulsi lemak yang baik, ia membantu pencernaan lemak dan penyingkirannya dari tubuh. Oleh itu pengambilan lecithin sebelum makan dikenalpasti merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mencegah daripada lemak terkumpul di dalam badan yang seterusnya meninggikan risiko kegemukan. Malah pengambilan lecithin sebelum makan juga membantu pencernaan vitamin-vitamin larut lemak seperti vitamin A,D, E dan K yang seterusnya memaksimumkan manfaat yang diperolehi oleh tubuh.


Memelihara Kesihatan Buah Pinggang
90% penghasilan batu karang di dalam buah pinggang adalah disebabkan oleh kadar kolesterol yang tinggi, pengambilan lecithin membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan seterusnya mencegah batu karang daripada terbentuk. 


Memelihara Kesihatan Membran Sel
Lecithin juga dikenalpasti mampu mengekalkan keanjalan dan kadar ketelapan membran sel. Ini seterusnya mengekalkan kesihatan setiap sel dan membolehkan proses penyerapan nutrien berlaku dengan lancar. Kesan ketara yang dapat dilihat secara luaran ialah keadaan kulit yang lebih lembab dan sihat serta rambut juga lebih bersinar.

Berminat Dengan Produk Shaklee.
Hubungi Saya:

Khadijah, 019 338 2335
Shaklee Independent Distributor
Penghantaran Seluruh Malaysia
COD Chukai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan