8/12/16
CAROTOMAX mengandungi 13 mg kesemua 6 jenis carotenoid. Bunyi seperti sesuatu yang hebat tapi apakah carotenoid? Carotenoid merupakan kumpulan pigmen yang memberikan kepelbagaian warna kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebab itulah dapat kita perhatikan pelbagai warna buah-buahan dan sayuran seperti tomato, lada, lobak, labu, brokoli dan pelbagai sayuran berdaun.
Warna-warna yang pelbagai ini sungguh menarik dan mengasyikkan mata yang memandang. Namun carotenoid bukan hanya berperanan untuk mencantikkan buah-buahan dan sayuran semata-mata, ia memainkan peranan yang amat penting terhadap kesihatan tubuh kita.
Jika anda masih ingat ibu sering menyuruh kita makan lobak untuk kesihatan mata, percayalah itu bukan dongeng. Mari kita dalami satu persatu carotenoid ini dan peranannya.
Secara asasnya Carotenoid boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu Carotene dan Xanthophylls. Carotene terdiri daripada molekul hidrokarbon, ia terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran sayur yang berwarna oren dan kuning seperti lobak, labu, keledek dan aprikot. Manakala Xanthophylls pula terdiri daripada molekul yang mengandungi oksigen dan terdapat di dalam kebanyakkan sayur berwarna hijau seperti bayam, kailan malahan brokoli juga.
Alpha Carotene mengandungi flavonoid merupakan antioksidan yang kuat, melindungi sel badan dari kerosakan diakibatkan oleh bahan radikal bebas yang memasuki tubuh. Alpha Carotene mudah didapati didalam sumber makanan berwarna merah dan oren seperti keledek dan mangga.
Beta Carotene turut dikenali sebagai provitamin A, ini kerana ia boleh diubah oleh tubuh kepada vitamin A yang selamat dan berguna kepada kesihatan mata terutamanya. Kebanyakan buah-buahan dan sayuran yang berwarna kuning dan oren seperti lobak merah mengandungi beta carotene ini.
Lycopene memberikan warna merah terang dan cantik kepada tomato. Ia mengandungi antioksidan yang kuat. Bermanfaat menaturalkan bahan radikal bebas yang memasuki tubuh serta bersifat anti penuaan. Menariknya lycopene ini akan lebih teraktif dan bermanfaat jika mengalami proses pemanasan. Berbeza dengan zat makanan lain yang selalunya akan kehilangan nutrisinya jika dipanaskan. Selain dari tomato lycopene boleh juga didapati di dalam grapefruit dari famili sitrus juga buah tembikai.
Lutein dan Zeaxanthin di bawah kumpulan Xanthophylls terdapat di dalam kebanyakan sayuran berwarna hijau. Ia merupakan antioksidan yang amat bermanfaat kepada kesihatan mata. Kedua-dua carotenoid ini mempunyai kemampuan menyerap sinaran biru yang memasuki mata, seterusnya mengelakan kerosakan yang boleh disebabkan oleh sinaran ini. Kebolehan ini juga didapati mampu mencegah terjadinya kartaraks.
Astaxanthin pula boleh didapati di dalam sumber makanan berwarna seperti ikan salmon, udang, alga dan ketam. Manakala sayuran dan buah-buahan pula termasuklah lada bangala beri dan jambu batu. Amat bermanfaat untuk menstabilkan paras kolesterol darah serta berfungsi sebagai pelindung matahari semulajadi.
Bulan ini ada tawaran istimewa untuk Carotomax, beli satu percuma satu, hubungi saya untuk mengetahui cara memilikinya.
Berminat dengan produk Shaklee
Hubungi saya;
Khadijah, 019 338 2335
Shaklee Independent Distributor
Penghantaran seluruh Malaysia
COD Chukai

CAROTOMAX® contains 13mg of all 6 carotenoids! Contact your Shaklee distributor or visit http://bit.ly/29wxrcv to find out more.
#LiveAmazing #ShakleeImmunity#ShakleeMalaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan